 TEMERLOH,  11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah  akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng”  semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan  keganasan.
TEMERLOH,  11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah  akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng”  semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan  keganasan.
(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal bendera Malaysia sebenarnya.)
Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya  memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan  akhbar berkenaan.
Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar  kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto  yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar  yang sebenar atau berdepan  dengan tindakan undang-undang. “Saya  turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan  saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya  berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta  Ramli.
“Saya  turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan  saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya  berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta  Ramli.
“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas  pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang  masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,”  ujarnya.
Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan  seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera  jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.
Katanya,  anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau  sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur  terpaksa menempuh banyak sekatan polis.
(Gambar sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau  oleh akhbar berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini.  Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya gambar luar  negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar bahasa Malaysia  itu)
“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat  jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan  raya itu.
“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi  rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu  siarkan gambar sebenar,” katanya.
Mengenai pemakaian topeng, beliau  berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana  beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.
Dalam pada itu  beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa  kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat  gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4297-pemuda-amal-kecam-akhbar-ubah-suai-gambar
 
 

No comments:
Post a Comment