Monday, July 11, 2011

Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin

Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin
Lee Way Loon
Jul 11, 11
5:07pm

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

NONEKatanya, dakwaan yang berlegar di Internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di Internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

[Berita penuh menyusul]



http://malaysiakini.com/news/169603

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...