Jul 10, 11 5:30pm
Kumpulan Patriot akan sentiasa tegas dan tidak berkompromi ketika berdepan cubaan menggugat kedaulatan negara oleh puak penderhaka, kata pemimpin kanannya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abdul Azeez, yang ditahan bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika Patriot membantah perhimpunan jalanan di Bukit Bintang semalam, berkata tindakan kumpulan itu bukanlah semata-mata mahu menyertai demonstrasi jalanan, sebaliknya sebagai satu protes terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.
"Kita berjuang untuk mempertahankan Istana Negara dan Stadium Merdeka dari dicemari, dan yang paling utama, kita nak berdepan dengan orang derhaka dengan Yang di-Pertuan Agong dan negara tercinta.
"Patriot memang sentiasa tegas kalau ada pihak nak gugat kedaulatan negara, kerana kita akan duduk di barisan hadapan, dan kita akan himpunkan ratusan ribu Pemuda, jika perlu," katanya.
Semalam, selain Abdul Azeez dan Khairy, turut ditahan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Exco Pemuda Umno Lokman Adam.
Mengenai penganjur Bersih, Abdul Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling berkata agenda perhimpunan semalam, yang kononnya bagi menuntut penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya, jelas bermotifkan politik.
"Semalam, semasa saya di dalam lokap, saya jumpa dan tanya beberapa orang makcik dalam penjara, dia kata diapun tak tahu, orang bagi duit suruh datang, nampaknya terbukti ramai yang tertipu dengan permainan kotor mereka ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencabar penganjur dan pemimpin pembangkang yang berselindung di belakang badan bukan kerajaan agar berdepan secara adil pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Penasihat Utama Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (Permas) Syed Hussain Al-Sahab turut menzahirkan perasaan dukacita kerana perhimpunan itu mencemar semangat kemelayuan akibat tindakan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
Beliau berkata perhimpunan itu turut mencetuskan keadaan cemas kerana terdapat ramai orang awam yang terperangkap dan tidak dapat melakukan kegiatan mereka di hujung minggu kerana terpaksa berkurung di rumah.

"Apa yang mereka buat adakah difikirkan ia menjadi suatu perkara yang menyusahkan orang ramai untuk bergerak bebas ke sana ke mari, kita amat dukacita kerana peratusan (yang berhimpun) itu terdiri daripada orang Melayu yang tunjuk perangai bodoh dan sikap agresif macam orang hilang hala tuju," katanya.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/169482
No comments:
Post a Comment