Thursday, July 21, 2011

Kain rentang anti BERSIH di Umno Ampang

Kain rentang anti BERSIH di Umno Ampang
Jul 18, 11 6:39pm


Polis akan menyiasat kain rentang anti-BERSIH 2.0 yang dipasang di bangunan Umno bahagian Ampang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

NONEMenurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Amiruddin Jamaluddin, anggotanya belum menyedari kehadiran kain rentang itu dan akan menyiasat.

“Ini berkaitan BERSIH. Kita akan menyiasat kain rentang dan melihat sama ada ia mematuhi undang-undang negara,” katanya.

Kain rentang itu, antaranya berbunyi: “Agenda jahat Pakatan haram! Kuburkan Bersih!”. Turut dipaparkan adalah logo BERSIH 2.0 yang berwarna kuning.

NONESatu lagi kain rentang berbunyi: “Himpunan Bersih gugat keselamatan negara, KDN bertindak sekarang.

Gambar kain rentang berkenaan dihantar oleh pembaca Malaysiakini yangmempertikaikan ketiadaan tindakan terhadap Umno yang dianggap “dwi-standard”.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata logo BERSIH 2.0 adalah haram dan mereka yang memakai baju T dengan logo berkenaan akan ditangkap.

NONEKetika dihubungi, pengerusi Umno bahagian Ampang Ismail Kijo berkata kain rentang berkenaan telah dinaikkan sejak dua minggu lalu dan oleh kerana perhimpunan BERSIH 2.0 telah berlalu, pihaknya akan menurunkan kain rentang itu.

"Kain rentang dinaikkan sebelum perhimpunan 9 Julai. Ini dilakukan oleh Pemuda Umno untuk menyuarakan bantahan kita kepada perhimpunan BERSIH,” katanya.

“Kita bukannya menjalankan kempen jangka panjang. Kain rentang itu akan diturunkan tidak lama lagi. Jika mereka (BERSIH 2.0) hentikan tuntutan mereka, kita akan juga berhenti.”

Pada 2 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170285

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...