Thursday, July 21, 2011

Pusat sembelih khinzir perlu kelulusan menteri

Jul 18, 11 4:43pm

Pusat penyembelihan khinzir yang baru di Sungai Tok Pawang Mukim Semeling di Kuala Muda hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan menteri pertanian.

amiruddin hamzahPengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar, Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah (kiri) berkata pusat penyembelihan baru menggantikan tapak lama di kampung Berjaya di Alor Setar itu membabitkan tanah seluas 3.5 hektar.

"Projek ini adalah JV (usahasama) persatuan penyembelih dan individu-individu tertentu, kerajaan negeri hanya membantu mencari tapak menganggantikan pusat yang lama.

"Kerajaan negeri juga tidak memberi sebarang peruntukan kerana ia adalah projek swasta dan ia hanya boleh beroperasi selepas menteri pertanian memberi izin," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Alor Setar hari ini.

suraya yaacobBeliau menjawab soalan Suraya Yaacob (kanan) (BN-Sungai Tiang) yang memohon penjelasan mengenai status pembinaan pusat penyembelihan itu dan persoalan mengenai peruntukan bagi projek berkenaan.

Amiruddin berkata setelah pusat berkenaan beroperasi kelak, ia akan dipastikan mengamalkan sistem 'zero-discharge' dan sisa kumbahan perlu dikitar semula untuk kegunaan dalam ladang bagi mengelakkan pencemaran di kawasan sekitar.

NONESementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Negeri, Tan Chow Kang (kiri) ketika menjawab soalan Datuk Md Roshidi Osman (PAS-Bukit Pinang) mengenai masalah pengangkutan awam di negeri ini berkata, beliau berhasrat menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi laluan Alor Setar ke Kuala Kedah.

Tan berkata, pihaknya juga meminta sedikit masa untuk memperbaiki mutu dan memperkemas sistem perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/170265

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...