Thursday, July 21, 2011

Surat polis: ADUN persoal sama ada wujud mala fide

Surat polis: ADUN persoal sama ada wujud mala fide
Susan Loone
Jul 20, 11
3:15pm

Seorang ADUN PKR mempersoalkan sama ada terdapat sebarang mala fide (berniat jahat) di pihak polis apabila menghantar surat rasmi yang memintanya memberi kenyataan di ibupejabat polis daerah Seberang Perai Utara semalam.

NONEADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen (kiri) diminta memberikan
kenyataan berkaitan dengan satu ceramah pada 30 Jun di sebuah pusat operasi PAS di Pongsu Seribu.

Surat itu, dakwanya, mengandungi beberapa kesilapan dan diposkan di Kedah. Ong dikehendaki hadir di ibupejabat polis itu Selasa lalu, tetapi dia hanya menerima surat itu dua hari selepas tarikh tersebut.

Beliau mempersoalkan mengapa surat itu dipos di negeri jiran Kedah, sedangkan ia boleh dipos di Kepala Batas, Pulau Pinang dan dapat sampai kepadanya lebih awal.

Ong mendakwa jika surat itu sengaja melambatkan, ini boleh dilihat sebagai mala fide (berniat jahat) untuk mendapatkan waran yang menghendakinya bertemu pihak polis.

Acara itu diadakan pada saat-saat akhir untuk melancarkan kempen BERSIH 2.0 di utara ekoran polis Pulau Pinang telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang dua majlis kerajaan negeri di Sri Nibong dan Seberang Jaya.

BERSIH 2.0, yang menuntut pembaharuan pilihan raya, menganjurkan
satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada 9 Julai, di mana 1,667 pesertanya ditahan, dan semuanya dibebaskan pada malam yang sama.

NONEDi Pulau Pinang, kedua-dua acara kerajaan negeri itu dijangka mendengar pemimpin Pakatan Rakyat memberi maklumat mengenai dasar dan program terbaru.

Semasa ceramah di Pongsu Seribu, polis tiba di situ pada kira-kira jam 10 malam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan
dan anggota anti-rusuhan dihantar ke situ, tetapi tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di majlis pada malam itu, Ong (kiri) dan beberapa orang lain, termasuk pemimpin PAS berucap dan ia berakhir dengan aman.

Tetapi laporan polis dibuat oleh Inspektor Subki Ahmad dari balai Kepala Batas pada jam 1.20 pagi esoknya, menuduh penceramah membuat kenyataan berunsur 'hasutan'.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170476

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...