Thursday, July 21, 2011

Saman Umno: Mahkamah tolak rayuan Elegant

Jul 18, 11 4:23pm

Mahkamah Tinggi menolak rayuan dikemukakan sebuah syarikat pembekal terhadap keputusan mahkamah untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

elegant advisory barisan nasional posters in 2004 election 110808Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan plaintif, Elegant Advisory Sdn Bhd, untuk membayar kos RM1,000 kepada Tengku Adnan, serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.

Mohamad Ariff, semasa membuat keputusan di dalam kamarnya hari ini, menetapkan 21 Jun bagi permohonan defendan mengetepikan saman utama.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Februari selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam saman ini, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

kuala berang by-election 260804 elegant advisory closeup 01Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.
Syarikat itu mendakwa sudah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.


BN diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala plaintif diwakili Nazruddin Abdullah.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/170260

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...