Thursday, July 21, 2011

'Liow, mana janji nak siasat?'

'Liow, mana janji nak siasat?'
Jul 20, 11 3:48pm

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dicabar mendedahkan kemajuan siasatan kementerian itu berhubung insiden di Hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

NONESetiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mengingatkan Liow
bahawa parti itu telah menawarkan empat orang saksi ketika polis didakwanya menembak gas pemedih mata dan air bercampur kimia ke dalam perkarangan hospital, tempat peserta perhimpunan itu berlindung.

Keempat-empat mereka ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera); setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP, Zairil Khir Johari; dan Pua sendiri.

"Bagaimanapun, selepas menunggu selama seminggu, kami tak dengar apa-apa dari Liow atau kementeriannya, kecuali janji-janji yang berterusan secara lisan untuk menyiasat," Pua berkata dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenyuarakan kekecewaannya dengan Liow (kiri) yang didakwanya "mengelak daripada tanggungjawab", Pua berkata, tidak ada sebarang pengumuman maklumat mengenai "jawatankuasa tinggi" yang mahu ditubuhkan oleh kementerian tersebut bagi menyiasat perkara itu.

Pua mempersoalkan ketiadaan maklumat seperti anggota jawatankuasa tersebut, terma rujukan dan garis masa untuk ia menjalankan siasatan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170480

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...