Wednesday, July 27, 2011

'Langkah BN kawal inflasi bebankan golongan muda'

'Langkah BN kawal inflasi bebankan golongan muda'
Aidila Razak
Jul 26, 11
1:07pm

Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan muda dan berkeluarga, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

“Tindakan Bank Negara Malaysia yang dijangkakan akan menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan juga membawa kesan kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka,” katanya.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGSebagai contoh, kata Rafizi kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan separa bandar.

“Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta...

“Kesan berganda daripada peningkatan ini; apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda; apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selari dengan kenaikan harga barang,” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah drastik

Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.

inflationSemalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.

Menurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.

"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

azlanMenurut Rafizi, walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan BN juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

“Ini termasuklah mengkaji semula pemotongan peruntukan kepada sekolah-sekolah sehingga menyebabkan kos persekolahan naik mendadak apabila ibu bapa terpaksa menyumbang kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti dan mengambil langkah lebih proaktif menyelesaikan masalah harga rumah yang terlalu tinggi bagi golongan muda.

azlan“Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli,” katanya.

Menurut Rafizi, undi golongan muda adalah undi penentu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Justeru, sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh BN.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/171057

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...