Wednesday, July 27, 2011

Najib guna blogger pro Israel?

Posted by admin on July 26th, 2011

Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.

Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe,(gambar) dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

“Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis “Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol”.

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino ‘Red State’ , juga pembantu akaun Twitter ‘Malaysia Matters’ yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional ‘blogger upahan’, ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.


http://www.kl-today.com/2011/07/najib-guna-blogger-pro-israel/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...