Wednesday, July 27, 2011

MINUMAN DARI GANDUM BUKAN ARAK

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa minuman ringan gandum seperti Barbican adalah halal dan boleh diminum oleh masyarakat Islam.Produk-produk ini dikatakan bukannya diproses untuk membuat minuman alkohol dan kandungan alkohol yang terhasil daripada pemprosesannya adalah rendah dan tidak memabukkan.

“Jadi, minuman seperti ini adalah halal dan boleh diambil oleh umat Islam seperti mana yang telah dipersetujui majlis tersebut dalam muzakarah yang diadakan pada tahun 1984, 1987, 1988 dan 2010,” kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini semalam.

Perbincangan-perbincangan yang dilakukan termasuk kadar kandunga alkohol dalam makanan, minuman dan ubat-ubatan dan keputusan terhadap minuman ringan tersebut yang diumumkan hari ini, telah dibuat pada muzakarah majlis tersebut yang diadakan pada 16 dan 18 Jun tahun ini.

“Dengan keputusan yang telah dicapai, umat Islam tidak perlu risau tentang status minuman-minuman ini kerana ianya adalah halal,” kata Abdul Shukor.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, muzakarah tersebut juga menasihatkan pengusaha minuman-minuman ringan seperti ini supaya tidak menggunakan label, jenama dan ciri yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna, terutamanya pengguna Islam.

Abdul Shukor telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada pihak masjid dan surau dan pelancaran program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Al-Muqarrabin di Bandar Tasek Selatan.


http://www.kl-today.com/2011/07/minuman-dari-gandum-bukan-arak/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...