Wednesday, August 24, 2011

Dr Asri: Konservatif kawal institusi, pinggir progresif

Dr Asri: Konservatif kawal institusi, pinggir progresif
Ogos 23, 11 12:15pm


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, terdapat kecenderungan sesetengah pihak mengekalkan unsur perkauman dan ketaksuban beragama secara berlebihan untuk mengekalkan kepentingan politik masing-masing.

"Pendirian saya, Islam agama sebagai rahmat kepada semua orang tidak kira agama dan warna kulitnya.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc"Lebih dari itu, rahmat itu meliputi ke seluruh alam," katanya ketika ditanya tentang kepercayaan beragamanya yang dikatakan berbeza prinsip dengan badan kerajaan.

Dalam wawancara dengan Wall Stret Jurnal semalam, Dr Asri mendakwa terdapat penguasaan kumpulan konservatif yang "tidak ramai" tetapi mempunyai pengawalan terhadap institusi agama.

"Ketika kumpulan progresif menyumbang pelbagai pembaharuan yang signifikan tahun demi tahun, mereka dipinggirkan oleh kumpulan konservatif yang mengawal institusi agama dalam kerajaan bagi memastikan aliran dan fahaman mereka diberi peluang (berkembang)," katanya.

Pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata, dalam masa yang sama, pihak kerajaan pula lebih bimbang kepada kumpulan progresif yang selalu mengkritik "apa yang mereka lihat".

'Ingat apa berlaku pada gereja'

Dalam temubual selepas tidak berapa lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Dr Asri sekali lagi menafikan penglibatan beliau dengan aliran itu.

"Jika 'Wahabi' bermaksud menjadikan seseorang itu fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya, saya menentangnya," katanya sambil menyifatkan istilah itu sebagai terma yang "misteri".

"Bila orang muka mengkritik amalan mereka, dengan mudah mereka berkata, 'kamu Wahabi'."

Ditanya sama ada Malaysia menuju situasi politik dan beragama yang betul, Dr Asri berkata, buat masa ini pihak berkuasa agama perlu lebih berfikiran terbuka dan tidak memaksa orang lain berfikir sehala.

"Mereka patut ingat apa berlaku kepada gereja bila mereka enggan berubah dan menekan orang ramai yang mahukan perubahan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/173835

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...