Wednesday, August 24, 2011

Risalah Kak Wan mahu alih soal Rosmah

Risalah Kak Wan mahu alih soal Rosmah
Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 11
6:44pm


PKR hari ini melancarkan siri risalah mengenai Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai usaha untuk mengangkat beliau sebagai contoh kepada rakyat Malaysia.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata risalah enam siri "Cerita Kak Wan" itu dicetak sebanyak 35,000 set untuk diedarkan di seluruh negara, khususnya kepada pengundi luar bandar.

rosmah kak wan campaign 230811"Beliau adalah wanita normal seperti wanita biasa yang lain... Beliau (wanita) yang berdepan dengan menghadapi keperitan hidup," katanya.

Dengan sinis, Zuraida berkata, Wan Azizah bukan wanita yang menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cincin atau beg tangan mahal.

Menurut Zuraida, risalah itu juga sebagai usaha untuk "mengalih pandangan" rakyat daripada bercakap tentang isteri perdana menteri Datin Rosmah Mansor.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang turut mengakui wujudnya perbincangan di kalangan rakyat yang membandingkan antara Wan Azizah - yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - dan Rosmah.

NONE"Terlalu banyak (membicarakan tentang) Rosmah, tidak baik kepada PKR, tidak baik untuk negara," celah Pengarah Strategik Rafizi Ramli yang turut hadir dalam sidang media itu.

Zuraida berkata antaranya kandungan risalah empat muka surat itu menceritakan keperitan yang dilalui Wan Azizah dalam perjuangan politik di negara ini.

PKR juga melancarkan CD 'Demi Rakyat' yang diterbitkan secara berfasa untuk ditayangkan kepada rakyat khususnya pengundi di luar bandar.

Rafizi berkata CD tersebut sudah mula diedarkan di cabang-cabang terpilih bermula akhir Julai lalu.

"Dan ceramah kita hadkan dua atau tiga orang (penceramah) dan yang selebihnya kita gunakan wayang pacak dan layar yang besar. Kesannya sangat baik.

"Selepas kita membuat percubaan bulan lalu, orang yang tidak berminat dengan ceramah pun, mereka berminat (hadir)... (Ia mengingatkan) kembali pada zaman 60-an, atau 70-an," katanya.

Selain itu, parti itu turut mengarahkan setiap cabang menyediakan projektor bagi menayangkan CD tersebut sebagai kaedah baru berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Rafizi berkata kini sedang menumpukan bahan-bahan baru untuk didokumentasikan dalam CD seterusnya yang mana dalam fasa kedua - selepas hari raya Aidilfitri - ia akan dicetak dan diedarkan meluas.

PKR turut menayangkan dua video klip, antaranya mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 dan video menceritakan tentang kenaikan harga barang yang diiringi alunan muzik menghiburkan.

Video klip dan kandungan risalah tersebut boleh dimuat turun dari internet.



http://malaysiakini.com/news/173910

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...