
Kanak-kanak malang itu, Nor Farah Ain, 8, Nor Safiah Alisa, 6, dan Mohd Iman Nur Hakim berusia lima tahun terpaksa ditinggalkan dalam pondok usang itu sendiri kerana bapa mereka, Othman Senin, 40, keluar bekerja.
Lebih menyayat hati, ketiga-tiga beradik itu ketika ditemui belum menjamah sebarang makanan. Mujur kehadiran Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rompin, Mohd Zaidi Othman bersama rombongannya yang membawa bekalan makanan seperti biskut ke rumah terbabit menceriakan tiga beradik itu.
Tinggalkan anak demi sesuap nasi
Othman berkata, anak-anaknya sudah biasa tinggal bersendirian di rumah termasuk anak sulungnya, Amirul Ashraf, 12, memandangkan dia terpaksa keluar mencari duit bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.
Menurutnya, sebagai seorang bapa, perasaan bimbang terhadap keselamatan anak-anak tetap ada lebih-lebih lagi kesemua anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian serta kasih sayang secukupnya.
Katanya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan, tambahan pula tiga anaknya sudah bersekolah.
“Nasib saya tidak seperti orang lain dan selalunya mereka (anak-anak) faham dengan keadaan saya. Mereka terpaksa tinggal di rumah ini sendiri jika saya terpaksa pulang lewat ke rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Dakwa isteri larikan diri
Othman mendakwa, isterinya didakwa melarikan diri dipercayai tidak tahan hidup susah dengannya sejak empat tahun lalu iaitu ketika anak bongsu mereka, Mohd Iman masih berusia setahun.
Katanya, sejak itu, dia terpaksa memikul tugas sebagai seorang ibu seperti mencuci baju, memasak dan menyiapkan persekolahan anak-anak.
“Isteri saya pernah melawat anak-anak setahun lalu dan sempat menghulurkan RM50 untuk perbelanjaan, namun sejak itu dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki di pondok ini.
“Saya reda dengan ketentuan ini dan sebagai manusia biasa, saya terpaksa tempuhi kerana bagi saya anak-anak adalah harta yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti kerana mereka adalah anugerah Allah,” katanya.
Kecewa permohonan PPRT tiada dalam senarai
Othman berkata, dua tahun lalu, dia pernah memohon untuk menjadi peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun kecewa setelah mendapati namanya tiada dalam senarai permohonan.
“Saya orang Janglau dan tinggal di Kampung Serinkin, tetapi hak saya dinafikan hingga nama saya tidak terdapat dalam senarai pemohon bantuan rumah kerajaan,” katanya.
Menurutnya, apa yang menyedihkan, rumah yang diduduki sekarang tidak sempurna kerana bumbungnya bocor sana sini, malah tidak mempunyai tandas hingga dia terpaksa mengambil air perigi di tepi rumah untuk keperluan harian.
“Rumah saya tidak ubah seperti zaman sebelum merdeka kerana masih ada tandas yang hanya ditutupi dengan rimbunan pokok serta zink-zink karat di tepi perigi berkenaan,” katanya.
Justeru, dia merayu kepada kerajaan supaya meluluskan segera permohonannya untuk mendapatkan rumah PPRT kerana sudah tidak sanggup lagi tinggal di situ yang dikelilingi semak samun.
“Saya bimbang jika anak-anak tinggal bersendirian, lebih-lebih lagi kawasan belakang rumah semak, kemungkinan ada binatang berbisa yang boleh mengancam nyawa saya anak beranak,” katanya.
Pemuda bawa masalah kepada pihak berwajib
Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, masalah yang dihadapi keluarga terbabit perlu dipandang serius oleh pihak berwajib termasuk menyediakan keperluan rumah PPRT yang lebih selesa untuk mereka.
Katanya, perkara itu akan dibawa kepada agensi kerajaan berkaitan termasuk memaklumkan nya kepada Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Tanah dan Daerah Rompin serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rompin.
“Kami berasa sedih melihat keadaan kanak-kanak ini yang hidup dalam serba kekurangan, bagaimanapun kami akan cuba membawa perkara ini kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan,” katanya.



Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
Muhyiddin berkata panel itu akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.
Khalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.
Namun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.
"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.
Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.
“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.
“Fasa terakhir ini kita fahamkan supaya mereka ada keberanian (untuk menuntut) apa yang mereka mahukan. Kita lontarkan isu berbangkit supaya mereka tahu apa komitmen kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu mengenai sebarang rancangan
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu media semalam bahawa perbincangan mengenai pindaan itu masih di tahap "sangat awal".
Beliau menjelaskan bahawa kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat sama ada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.
Mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.
Setiausah agungnya, J Solomon dalam satu kenyataan akhbar berkata mereka tidak melihat keperluan diwujudkan kesatuan lain memandangkan NUBE telah mewakili pekerja-pekerja semua bank di negara ini sejak 1958.
Kesatuan dalaman itu yang dikenali sebagai Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu), didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 3 Jan lalu setelah mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia.
UN Tenang mempunyai tiga gugusan Felda iaitu - Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barak - yang semuanya mengandungi 4,118 pengundi yang bakal membuat pilihan dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.
Tambahan pula, masih terdapat di kalangan pengundi yang masih 'terngiang-ngiang' dengan jasa bekas perdana menteri yang yang bertanggungjawabg bertanggungyang bertanggungjawab membuka tanah rancangan Felda, Tun Abdul Razak Hussein - bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
"Orang tuanya, kita memang sokong sebab beliau bagus. Kita minta bantuan dia beri. Beliau kata sekiranya tak mampu, dia tak dapat nak tolong," kata ahli jawatankuasa peneroka peringkat kedua Mat Lambok Baharom (kanan).
Tamparan kepada PAS tidak terhenti di situ sahaja, apabila kini tertubuhnya penubuhan kumpulan baru, Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda yang berusaha menyelesaikan masalah peneroka.
Mat Lambok turut berpendapat isu seperti kenaikan harga barang atau isu calon PAS enggan bersalam dengan lelaki, tidak menjejaskan dan tidak memberi kesan sokongan pengundi kepada BN.

Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes dua lagi pekerja Pathmanabhan, K Sarawanan dan U Suresh yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat keempat-empat mangsa.
Pada 15 Okt tahun lalu, Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku bersalah di mahkamah yang sama berhubung dakwaan menghilangkan bukti dengan membakar mayat keempat-empat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengendalikan pendakwaan berkata pihaknya akan menyerahkan sebahagian dokumen berkenaan seperti yang diminta oleh pihak pembelaan.
"Saya tahu tuan amat kecewa," kata Amer Hamzah dan Hurman menjawab: "Saya tidak kecewa tetapi tidak gembira."
Mendakwa sudah menjangkakan langkah Muhyiddin (dua dari kanan) itu, Faekah mendakwa pihak berkenaan cuba memesongkan isu sebenar apabila enggan menyokong pindaan yang dicadangkan.
Faekah berkata, meskipun gagal meminda perlembagaan, perkara itu dilihat sebagai satu hikmah supaua "rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno".
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian, Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Mohamad Hata Wahiri masih bersemangat waja untuk memperjuangkan kebebasan media.