Setiausah agungnya, J Solomon dalam satu kenyataan akhbar berkata mereka tidak melihat keperluan diwujudkan kesatuan lain memandangkan NUBE telah mewakili pekerja-pekerja semua bank di negara ini sejak 1958.
“Sehubungan itu, NUBE telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan,” katanya.
Menurut Solomon, jawatankuasa penaja kesatuan dalaman Maybank itu terdiri daripada bekas anggota NUBE yang telah dipecat kerana salah-laku dan mereka yang bertanggungjawab cuba menimbulkan kekalutan.
“Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengikut seksyen 12, Akta Kesatuan Sekerja 1959 tidak sepatutnya mendaftarkan kesatuan lain apabila sudah wujud kesatuan yang mewakili kepentingan mereka,” katanya.
Lebih-lebih lagi, katanya, NUBE mempunyai 5,000 ahli di Maybank.
“Akhir sekali, NUBE ingin melahirkan keprihatinannya berhubung pembabitan Maybank atau peranan pihak pengurusannya berhubung penubuhan kesatuan dalaman. Maybank adalah pihak yang memeterai Perjanjian Bersama dengan NUBE dan mereka masih berhutang beberapa perkara mengikut perjanjian itu,” kata Solomon.
Bonus 80 bulan
Antara yang menjadi pertikaian adalah tuntutan bonus 80 bulan yang belum ada penyelesaiannya sejak Jun 2009.
Bayaran bonus 80 bulan itusebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lalu.
Menurut NUBE desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.
Kesatuan dalaman itu yang dikenali sebagai Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu), didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 3 Jan lalu setelah mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia.
Mayneu kini dikatakan berusaha mencapai keanggotaan seramai 3,500 orang dari seluruh negara bagi membolehkannya diiktiraf Maybank.
Dalam kenyataan pertama yang dikeluarkan hari ini, kesatuan itu berkata sebaik sahaja diiktiraf, pekerja bukan eksekutif bank tersebut akan diwakili Mayneu.
Setakat ini, kesatuan itu mendakwa ia mempunyai lebih 1,500 anggota berdaftar.
Maybank adalah bank terbesar di Malaysia dengan lebih 380 cawangan domestik dan 90 cawangan antarabangsa.
http://malaysiakini.com/news/154680
1 comment:
actually i have to summaririze acticle about this matter relating to my studies.unfortunately, i am not quite sure what is this about?what relation there btween NUBE, MAYNEU.who claim what and so on.what is the issue
Post a Comment