Friday, January 28, 2011

Felda kebal: PAS sukar tembusi lubuk BN

Abdul Rahim Sabri
Jan 27, 11
9:56am

ANALISIS

Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah memasuki hari kelima, namun jentera PAS dilihat masih sukar untuk menyakinkan pengundi di rancangan Felda supaya memilih calon mereka sekalipun dikatakan saban hari mereka mengadakan ceramah di gugusan tersebut.

Dfelda tenangUN Tenang mempunyai tiga gugusan Felda iaitu - Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barak - yang semuanya mengandungi 4,118 pengundi yang bakal membuat pilihan dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, BN menguasai ketiga-tiga gugusan Felda berkenaan dengan memperolehi sokongan mencecah 80 peratus.

Hal demikian berlaku, kerana pengundi di kubu kuat BN itu masih belum mengenali calon PAS Normala Sudirman, apatah lagi mereka masih selesa memilih BN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

NONETambahan pula, masih terdapat di kalangan pengundi yang masih 'terngiang-ngiang' dengan jasa bekas perdana menteri yang yang bertanggungjawabg bertanggungyang bertanggungjawab membuka tanah rancangan Felda, Tun Abdul Razak Hussein - bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Malah, mereka terus memuji kebaikan dan jasa bekas ADUN Tenang Ibrahim Daud - yang merupakan ayah kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, walaupun masih terdapat beberapa masalah yang 'menghurungi' mereka khususnya mengenai tanah dan rumah untuk generasi kedua felda.

"Calon BN ada datang ke sini sudah tiga kali. Kita mengetahuinya sejak ia diumum. Beliau orang kampung dan orang tuanya seorang wakil rakyat.

Kurang sambutan

mat lambok felda tenang"Orang tuanya, kita memang sokong sebab beliau bagus. Kita minta bantuan dia beri. Beliau kata sekiranya tak mampu, dia tak dapat nak tolong," kata ahli jawatankuasa peneroka peringkat kedua Mat Lambok Baharom (kanan).

Beliau yang juga peneroka generasi kedua kini mengurus hasil sawit dari 81 orang peneroka peringkat kedua.

Mat Lambok - yang menetap di felda berkenaan sejak 1963 - adalah seorang ahli jawatankuasa masjid di Felda berkenaan - berkata lebih 800 daripada 1.469 pengundi di Felda Tenang menyokong BN walaupun menyedari kehadiran PAS berkempen di kawasan berkenaan.

Malah ceramah yang diadakan di Felda Tenang oleh Pakatan Rakyat hanya dihadiri kira-kira 200 orang dan ada di kalangan mereka datang dari luar kawasan Felda berkenaan.

felda tenang hasilTamparan kepada PAS tidak terhenti di situ sahaja, apabila kini tertubuhnya penubuhan kumpulan baru, Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda yang berusaha menyelesaikan masalah peneroka.

Hal ini dilihat sebagai tindakan bagi 'mematahkan' tindakan Persatuan Peneroka Anak-anak Felda (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang merupakan ketua penerangan PAS Johor merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Pengerusi penajanya, Masran Ahmad Sayoti semalam berkata jawatankuasa yang diketuainya tidak akan mengambil pendekatan konfrontasi seperti ANAK, apabila membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Felda.

Masalah perumahan

Sebaliknya jawatankuasa berkenaan akan menyelesaikan isu Felda secara bijak tanpa perlu menyerang pihak pengurusan Felda serta mengheret mereka ke mahkamah.

Ekoran itu, mengulas gerak kerja ANAK yang mahu membela peneroka, Mat Lambok mengakui tidak mengenali persatuan tersebut termasuk pengerusinya Mazlan.

"Saya tidak pernah kenal ANAK. Saya tidak kenal dia (Mazlan). Saya tak kenal pun... Buat apa kita nak jumpa dia, kita ada wakil kita sendiri," katanya ketika diajukan soalan mengenai persatuan tersebut.

mohd saiful mat isa tenangMat Lambok turut berpendapat isu seperti kenaikan harga barang atau isu calon PAS enggan bersalam dengan lelaki, tidak menjejaskan dan tidak memberi kesan sokongan pengundi kepada BN.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Mohd Saiful Mat Isa, 24 (kanan). Beliau juga turut mengakui calon BN sebelum ini banyak menolong penduduk di kawasan tersebut, tetapi "tidak terfikir" mengenai calon PAS Normala Sudirman.

"Calon BN (sebelum ini) banyak menolong daripada saya kecil lagi," katanya yang akan mengundi di sebuah sekolah yang menjadi pusat pengundi di situ.

Tinggal 4 hari lagi

Mohd Saiful bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sebanyak RM 700 hingga RM800 sebulan.

Berdasarkan tinjuan Malaysiakini, hampir setiap rumah di ketiga-tiga kawasan berkenaan memacakkan atau melekatkan bendera BN dan Umno di hadapan pintu masuk rumah mereka.

Malah pelbagai kain rentang, sepanduk, banting, poster dan bendera BN/Umno lebih banyak berbanding PAS diletakkan kiri dan kanan jalan sepanjang pintu masuk menuju ke kawasan Felda Tenang.

NONEMengulas mengenai masalah rumah di kalangan generasi kedua, Mat Lambok berkata terdapat di kalangan mereka yang memohon tapak tanah dan diluluskan oleh kerajaan, tetapi tidak mempunyai modal kewangan yang cukup untuk membina rumah sendiri.

"Kita juga telah kemukakan (perkara) ini kepada menteri besar (Datuk Abdul Ghani Othman) untuk meminta membuat rumah untuk generasi kedua.

"Sebelum ini kita juga ada berbincang dengan ketua kampung dan memgemukakan masalah ini, tetapi sukar sedikit kerana modal terlampau besar. Jadi kita sudah panjangkan kepada menteri besar," kata Mat Lambok.

Jadi persoalannya, mampukah PAS memperkemas dan memperkuat jentera kempen mereka dalam tempoh berbaki empat hari lagi, sekurang-kurangnya bagi mengurangkan jumlah undi kepada BN.

http://malaysiakini.com/news/154603

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...