Friday, January 28, 2011

Tiada pindaan akta penerbitan Mac ini

Tiada pindaan akta penerbitan Mac ini
Aidila Razak
Jan 27, 11
1:25pm

Tiada tanda-tanda sebarang pindaan pada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) akan dibentangkan dalam sidang Parlimen Mac ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini.

NONEDitanya sama ada beliau tahu mengenai sebarang rancangan
mengenainya di sidang Parlimen Mac ini, Liew menjawab, bukan sekarang.

Bagaimanapun, ahli parlimen Sandakan itu mengelak menjawab soalan selanjutnya, sambil menegaskan soalan mengenai pindaan PPPA sepatutnya dikemukakan kepada kementerian dalam negeri.

Liew memberitau demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memorandum persefahaman antara Pusat Arbitrasi Wilaya Kuala Lumpur dengan Dewan Perniagaan dan Industri Bersekutu Cina di ibunegara.

'Masih terlalu awal'

Selasa lalu, ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata kementeriannya akan membuat pindaan terhadap PPPA supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Mahmood juga berkata kerajaan bercadang untuk jadual perubahan di Dewan Rakyat pada bulan Mac.

NONEBagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu media semalam bahawa perbincangan mengenai pindaan itu masih di tahap "sangat awal".

Berita mengenainya telah mencetuskan bantahan keras daripada orang awam, pengamal media serta ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat.

Di bawah PPPA, media cetak diwajibkan memperbaharui setiap tahun, permit penerbitan yang dikeluarkan oleh KDN.

Kerajaan, di bawah Ikrar Jaminan Koridor Raya Multimedia, memberi menjamin tiada penyuntingan kandungan internet.

http://malaysiakini.com/news/154630

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...