Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
Hafiz yang masih tidak bermaya dan ada kesan luka di bahu dirawat di HTAR semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KLANG - "Mak cik hampir tidak mengenali anak mak cik sendiri kerana fizikalnya berubah sangat kerana terlalu kurus dan seperti tengkorak.
"Mak cik menangis di situ juga (sebuah perhentian bas di Jenjarom, Banting) sebelum membawanya pulang dan memasakkan rendang serta nasi impit yang dimakannya seperti orang yang 10 tahun tidak makan."
Demikian luahan Faridah Mohd. Said, 47, ibu kepada Muhammad Hafiz Razali, 20, yang mendakwa dia menjadi mangsa kurung dan dera oleh pemilik sebuah bengkel kereta di Jenjarom sejak September tahun lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam, anak ketiga daripada lima beradik itu masih tidak boleh banyak bercakap kerana masih trauma dan letih dengan apa yang dilaluinya.
Faridah memberitahu, mengikut cerita anaknya, dia dapat melarikan diri dengan memanjat tingkap tandas di sebuah bilik di dalam bengkel yang dijadikan tempat kurungannya.
FARIDAH

Selepas itu, katanya, Hafiz terus menghubunginya menggunakan telefon awam kerana telefon bimbit anaknya itu telah dipecahkan oleh majikannya.
"Mak cik terlalu sedih dengan panggilan itu malah lebih sedih apabila melihat keadaannya yang kusut masai seperti penagih dadah kerana nampak terlalu kurus dan lemah.
"Saya terus membawanya pulang ke rumah dan selepas makan Hafiz mula bercerita mengenai 'kehilangannya' selama ini," katanya ketika ditemui di HTAR di sini semalam.
Semalam akhbar melaporkan, seorang pemuda dapat melarikan diri dari kurungannya pada malam Sabtu lalu selepas dikurung lebih setahun kerana didakwa tidak tahu buat kerja di bengkel itu.
Selepas menghubungi keluarganya, mangsa telah membuat laporan polis dan dimasukkan ke Hospital Banting sebelum dipindah ke HTAR.
Menurut Faridah, Hafiz menceritakan dia akan dipukul di kepala dan badannya mengguna tangan, besi dan kayu golf hanya kerana kesalahan kecil seperti perkakas membaiki kenderaan tidak dibersihkan sepenuhnya.
http://www.kosmo.com.my/15102008

No comments:
Post a Comment