Sunday, October 19, 2008

Minyak bawah AS$70 - Terendah sejak 13 bulan lalu


SEJUMLAH penunggang motosikal menunggu giliran untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Teheran kelmarin. - AP

--------------------------------------------------------------------------------

LONDON – Harga minyak mentah dunia semalam terus menjunam ke paras terendah dalam tempoh 13 bulan berikutan ramalan bahawa kelemahan ekonomi akan mengurangkan permintaan.

Di Amerika Syarikat (AS), harga jatuh kepada AS$75.93 setong (RM265) pada dagangan waktu tengah hari manakala minyak mentah Brent London mencecah AS$71.61 setong (RM250).

Harga minyak Brent North Sea untuk bulan November itu jatuh kepada AS$70.70 (RM248.30) setong iaitu yang terendah sejak Ogos 2007.

Ia kemudian meningkat kepada AS$70.93 (RM249) menurun sebanyak AS$3.60 (RM12.64) berbanding ketika dagangan ditutup kelmarin.

Pasaran saham turut jatuh mendadak dengan dolar AS semakin lemah berbanding yen kerana pasaran dibayangi oleh sentimen berlakunya kemelesetan global.

Harga minyak mentah mencatatkan rekod tertinggi AS$149 setong (RM520) pada Julai lalu berikutan kebimbangan kekurangan bekalan selain dipacu oleh krisis nuklear Iran.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) turut memotong unjuran permintaan dunia untuk tahun depan berikutan laporan terbaru itu.

OPEC dijadual mengadakan pertemuan tergempar di Vienna pada bulan depan untuk menilai semula kesan krisis kewangan global terhadap pasaran minyak. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/16102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...