Sunday, October 19, 2008

Pengakuan anak ulama


Yasmin

SEORANG penari separuh bogel, Yasmin Fostok menyelar bapanya yang juga seorang ulama terkenal, Omar Bakri (gambar kecil) berhubung pandangan tegasnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasmin yang juga seorang ibu tunggal mendedahkan bahawa dia tidak menghiraukan apa pandangan bapanya berhubung pekerjaannya yang dianggap tidak bermoral itu.

Gadis cantik berambut perang itu berkata, dia tidak menderhaka pada bapanya itu yang kini berada di Beirut selepas diusir dari Britain.

"Saya tidak melakukan kesalahan yang memalukan. Saya dijadikan sasaran kerana bapa saya dan itu sungguh tidak adil kerana dia sudah tiada di negara ini.


--------------------------------------------------------------------------------

"Saya tidak sependapat dengan apa yang diperkatakan oleh bapa dan saya juga sudah beberapa tahun tidak bercakap dengannya," katanya.

Yasmin yang berumur 27, mula mendapat tumpuan selepas media di Britain mendedahkan bahawa dia adalah anak kepada Omar iaitu seorang penceramah yang lantang membidas Barat dan pandangan keras terhadap golongan wanita

Wanita itu kini tinggal di sebuah flat di Catford, tenggara London bersama seorang anak lelakinya berumur tiga tahun.

Yasmin juga pernah menerima ancaman bunuh kerana pekerjaannya itu didedahkan media.

Omar pernah mencetuskan kontroversi apabila melabelkan penyerang yang menyerang Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 sebagai mati syahid.

Dia juga mendakwa rakyat Britain adalah penyebab kepada terjadinya siri serangan bom di London yang meragut banyak nyawa pada Julai 2005 lalu.

Sebelum ini Yasmin mengaku bahawa dia pernah melakukan tarian separuh bogel tetapi tidak suka memberitahu orang lain mengenai pekerjaannya itu.

"Kadang-kala saya menari dan mendedahkan payu dara di lokasi bersesuaian," ujarnya.

"Pandangan bapa saya tidak ada kena mengena dengan saya.

Omar sebelum ini menafikan bahawa Yasmin adalah seorang penari dan mendakwa semua anaknya patuh kepada ajaran Islam. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/14102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...