TIGA orang pelajar sekolah menengah perempuan merakamkan babak mereka memukul rakan mereka, Nadia Burrington, 14, sebelum memuat turun rakaman itu di laman web video YouTubeuntuk memalukannya.
Malangnya, video itu bukan sahaja disaksikan oleh mereka, malah keluarga Nadia kemudian melapor kepadaYouTube supaya rakaman video itu ditutup. Seterusnya, pihak sekolah dan polis turut diberitahu tentang kejadian itu.
Akibatnya, tiga pelajar perempuan itu telah digantung daripada persekolahan.
Klip video itu memaparkan aksi mereka menarik rambut, menumbuk dan menendang gadis malang itu hingga dia terbaring kesakitan di padang sekolah Avonbourne di Bournemouth, Dorset, Britain bulan lalu. Menurut Nadia, dia tidak disukai rakan yang membulinya kerana gemuk, hodoh dan badannya sering berbau. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
No comments:
Post a Comment