GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga New Zealand diletakkan di bawah pengawasan di wad pengasingan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di siniapabila mengadu demam dan sakit badan semalam dan keputusan ujian ke atasnya akan diketahui hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lelaki terbabit datang sendiri ke HPP petang semalam mengadu demam dan sengal-sengal di badan. Dia ditahan untuk tujuan pengawasan tetapi belum dikuarantin.
Sambil mengesahkan perkara itu, beliau berkata, sampel darah daripada lelaki berkenaan telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Menurutnya, lelaki berusia 45 tahun dan berkahwin dengan rakyat negeri ini tiba di Pulau Pinang dari New Zealand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 April lalu.
"Sampel darahnya telah diambil dan jika ujian mendapati dia menghidap selsema luar biasa atau non typeable flu baru boleh dikatakan dia disyaki dijangkiti penyakit itu dan akan dikuarantin," katanya di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
No comments:
Post a Comment