Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi, pekerja stesen itu curiga apabila sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu tidak bergerak, menyebabkan mereka ke kenderaan itu bagi mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, sebaik menjenguk ke dalam kereta, pekerja terbabit tergamam selepas melihat keadaan mangsa yang tidak bernyawa sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 57 tahun meninggal dunia beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.
Menurutnya, polis turut menemui beberapa jenis ubat di dalam kereta milik mangsa, dipercayai untuk kegunaan sakit jantung.
“Mangsa dipercayai memasuki kawasan premis berkenaan kira-kira jam 4 pagi untuk berehat sebelum tertidur.
“Pemeriksaan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Difahamkan, mangsa bekerja sebagai kerani bengkel membaiki kereta di Meru, Klang.

No comments:
Post a Comment