Monday, November 29, 2010

ANAK mahu BAPAK selesai segera isu peneroka

Nov 29, 10 4:16pm

Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK).

NONEPenyerahan itu dibuat oleh pengerusi ANAK, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.

Pada sidang medianya, Mazlan berjanji semua aduan peneroka yang diserahkan itu akan diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana semua kes tersebut sudah lama berlaku.

"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.

"Kita harap mampu dikendalikan oleh BAPAK," katanya.

Acara penyerahan aduan hari ini juga dihadiri oleh beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.

Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa tujuh tahun, dan permasalahan pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Ahmad pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan ANAK dan akan memanjangkan perkara itu kepada BAPAK.

Katanya, dengan tambahan 20 aduan dari ANAK itu, BAPAK kini sudah menerima 658 aduan sejak ditubuhkan.

BAPAK adalah sebuah biro yang ditubuh di bawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

"Banyak benda yang mengelirukan, tidak jelas dan samar-samar yang memerlukan penjelasan Felda," kata Mazlan.

http://malaysiakini.com/news/149483

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...