Jimadie Shah Othman
Nov 28, 10
6:45pm
Nov 28, 10
6:45pm
Azmin Ali memulakan ucapan sulungnya sebagai timbalan presiden yang baru dalam kongres parti itu hari ini dengan mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak apologetik. Nak kata saya rapat dengan Anwar Ibrahim, memang saya rapat.
"Nak kata saya sokong, memang saya sokong. Dan saya tidak akan berundur bila di depan sahaja musuh dan dedalu politik," katanya yang juga bekas setiausaha sulit Anwar ketika beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.
Selama ini, hubungan rapat Azmin - yang 26 tahun berkhidmat kepada Anwar sejak bekas pemimpin Umno itu menjawat kerusi timbalan perdana menteri - dianggap pihak tertentu sebagai "yes man" dan "anak emas" kepada pemimpin itu.
Perkara itu bagaimanapun dinafikannya berulang kali.
Menyampaikan ucapan penggulungan dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya hari ini, Azmin berkata walaupun selepas pelbagai rintangan, Anwar terbukti masih menjadi pemimpin yang paling ditakuti "Umno, BN dan Rosmah Mansur".
"Kalau benar mereka hebat kenapa takut dengan seoran insan bernama Anwar Ibrahim?" soalnya.
Azmin juga memberitahu, antara tugas awalnya termasuklah turun ke Sarawak untuk "turun padang" selama dua minggu pada bulan depan untuk membantu parti menghadapi pilihan raya negeri.
Sementara itu, Azmin juga mengulangi ikrar akan menolak konsep ketuanan Melayu dan mengangkat ketuanan rakyat seperti yang dilaungkan dalam ucapan dasar presiden walaupun diserang pihak media sebagai "pengkhianat Melayu."

http://malaysiakini.com/news/149414
No comments:
Post a Comment