Saturday, November 27, 2010

Pelabuhan, lapangan terbang PP diswastakan?

Pelabuhan, lapangan terbang PP diswastakan?

S Pathmawathy
Nov 24, 10
4:17pm

DAP menggesa kerajaan untuk memberi penjelasan berhubung cadangan menswastakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), sebuah syarikat perbadanan kementerian kewangan.

syed mokhtar al bukharyMengikut laporan portal berita Singapore's AsiaOne, pelabuhan paling tua di negara ini dikatakan akan dibeli oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

PPSB baru-baru ini mencuri tumpuan apabila disenaraikan dalam Laporan Audit Negara 2009 dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana gagal melengkapkan pembinaan projeknya sehingga menyebabkan kos meningkat kepada RM6.71 juta.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan kerajaan yang merundingkan penjualan aset itu secara langsung tanpa melalui tender terbuka meskipun kerajaan berjanji mengurangkan perjanjian seumpama itu.

Menurut laporan AsiaOne, kerajaan besar kemungkinan akan meluluskan cadangan pengambil-alihan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Syed Mokhtar.

Beliau sekarang adalah pengendali pelabuhan yang terbesar di negara ini melalui syarikatnya MMC Corporation, dan juga memiliki dua pelabuhan yang tersibuk di Johor iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.


“Terdapat perubahaan sifar di mana entiti kerajaan terus diswastakan meskipun pelbagai kegagalan seperti yang disaksikan berlaku pada 1980an dan 1990an. Kita saksikan kegagalan sistem aliran transit (LRT), bas, syarikat air dan pengeluar tenaga bebas (IPP),” kata Pua.

“Kenapa tidak ada tender terbuka untuk melihat siapa yang terbaik boleh memabngunkan Pelabuhan Pulau Pinang? Berapa banyak pelaburan yang boleh dimasuk untuk menjadikan pelabuhan itu bertaraf dunia di rantau ini?” soalnya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa Kumpulan Syed Mokhtar Albukhary (bawah, kiri) akan mengambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini, Abdul Rahim berkata beliau juga tidak tahu wujudnya cadangan seumpama itu.

"Saya tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan tidak tahu adanya sebarang cadangan ini," katanya dalam reaksinya kepada soalan Ooi yang bertanya sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan.

Mengenai soalan sama ada terminal tambang murah akan dibina di Pulau Pinang yang turut dibangkitkan Ooi, Abdul Rahim berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk menambah baik dan perluasan lapangan terbang sedia ada yang telah siap kira-kira 34 peratus.

Projek perluasan lapangan terbang itu akan memanfaatkan syarikat penerbangan tambang murah dan penerbangan utama, katanya.


http://malaysiakini.com/news/149054

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...