KUALA LUMPUR: Bantuan kerajaan pusat yang akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui jawatankuasa khas tidak mengira perbezaan ideologi politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Menurutnya, melalui jawatankuasa itu juga pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri demi kebaikan semua.
“Sebab dalam isu banjir ia tidak mengira ideologi politik. Rumah siapa kena kita bantu. Itu paling penting.
“Kita tak nak dengar selepas ini ada mereka yang buat dakwaan tak dapat bantuan. Kita cuba untuk berlaku adil,” katanya diminta mengulas penubuhan satu jawatankuasa khas itu, semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan segera bagi menyalurkan bantuan yang boleh diberi kerajaan pusat dengan cepat untuk memudahkan mangsa banjir meneruskan kehidupan selepas banjir.
No comments:
Post a Comment