Saturday, January 15, 2011

Bekalan minyak masak pulih minggu depan

Jan 15, 11 6:31pm

Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

NONEMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengilang dan pembekal diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.

"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut," katanya kepda pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di Bera.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.

azlanIsmail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga anggota Parlimen Bera berkat, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi kerja menaik taraf projek bekalan air di Felda Gugusan Bera pada tahun ini.

Katanya kerja-kerja menaik taraf projek itu akan dapat menangani masalah bekalan air yang melibatkan lebih 10,000 peneroka Felda Gugusan Bera dan kampung-kampung tradisional sekitarnya.

"Gangguan bekalan air di Felda Gugusan Bera adalah disebabkan paip lama yang sering kali bocor atau pecah," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf itu melibatkan penggantian paip-paip lama yang telah berusia lebih 30 tahun serta menaiktaraf loji-loji air di kawasan berkenaan.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/153515

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...