Friday, July 29, 2011

Suhakam prihatin polis guna alat kesan bohong

Nigel Aw
Jul 28, 11
6:35pm

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini melahirkan keprihatinannya berhubung alat pengesan pembohongan yang digunakan ke atas timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) M Sarasvathy, yang ditahan mengikut Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur, pesuruhjaya James Nayagam berkata di sebalik usaha badan itu, pencabulan hak asasi masih berterusan di negara ini.

NONE"Saya amat prihatin bahawa mereka menggunakan alat pengesan penipuan. Dari segi peranan Suhakam, saya masih memikirkannya, setakat ini saya belum melihat ada cara kreatif menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sebelum itu perwakilan daripada 10 NGO wanita menyerahkan memorandum kepada Suhakam, membantah layanan buruk ke atas Sarasvathy (kiri, bergari) - tahanan tunggal wanita di kalangan PSM6., termasuk ahli parlimen Sungei Siput, Dr D Jeyakumar.

Presiden Persatuan Sahabat Wanita Selangor Irene Xavier mengutuk layanan polis ke atas Sarasvathy, dengan mendakwa ia sebagai gangguan seksual.

"Kenapa guna ujian polygraf ke atas wanita, kenapa ke atas wanita yang sakit? Bagi saya, tindakan polis itu satu bentuk gangguan seksual ke atas wanita. Ini langsung tidak dapat diterima,” Irene.

Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Sisters in Islam (SIS), Tenaganita dan Persatuan Bertindak Wanita (AWAM).

[Baca berita penuh]

IGP: Tahanan dijaga baik

Sementara itu, menurut Bernama, Ketua Polis Negara memberi jaminan semua enam aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lalu dijaga dengan baik mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada.

NONETan Sri Ismail Omar berkata, sebarang tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah berdasarkan undang-undang yang ada demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kita memberi jaminan semua tahanan adalah berdasarkan langkah prosedur yang ada dalam undang-undang, peguam mereka tahu, pihak-pihak tertentu telah dibenarkan berjumpa dengan (Dr D. Michael) Jeyakumar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pangkalan Latihan Unit Udara Polis di Kuala Lumpur.


http://malaysiakini.com/news/171341

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...