Friday, August 5, 2011

'Buka puasa' di gereja: MCA selar Jais

'Buka puasa' di gereja: MCA selar Jais
Ogos 4, 11 7:08pm

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan.

NONEKata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan.

Dr Chua berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.

"Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," kata Dr Chua dalam kenyataan hari ini.

Naib presiden MCA Gan Ping Sieu pula berkata tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172030

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...