Friday, August 5, 2011

Penawar nafi desak PM letak jawatan

Ogos 4, 11 8:37pm

Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan bahawa pihaknya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan seperti yang dinyatakan dalam sebuah blog.

Presiden Penawar Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin berkata Penawar tidak pernah membuat keputusan mendesak Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

"Kita berasa kesal bila ada pihak yang menyatakan Penawar membuat keputusan supaya beliau turun dan ini tidak betul kerana kami menghormati Perlembagaan dan juga rasa tanggungjawab kepada Umno," katanya.

Abdul Aziz berkata penubuhan Penawar dibuat pada 14 Disember 2009 dengan tujuan menyokong kerajaan yang ada kerana ia telah memberi banyak khidmat dan keuntungan kepada seluruh warga negara ini.

"Penawar datang dengan hasrat memberi pandangan dan menyokong Perdana Menteri supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Penawar tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penulis blog msomelayu.blogsopt.com Mohd Sayuti Omar.

"Ini kerana ia bukan cara untuk menyelesaikan masalah dan mahkamah bukan penyelesaian dan ia akan merugikan kita semua," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172040

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...