Friday, August 5, 2011

Video seks: Azizah tetap yakin Anwar tak terlibat

Salhan K Ahmad
Ogos 4, 11
12:17pm

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam skandal seks walaupun serangan demi serangan melibatkan dakwaan seperti itu dilancarkan ke atas ketua umum parti itu.

Katanya, beliau tetap berpegang kepada keyakinannya itu walaupun timbul dakwaan terbaru dalam bentuk video – didakwa menunjukkan perlakuan Anwar dengan seorang wanita yang didakwa sebagai pekerja seks.

NONEIbu kepada enam orang anak itu berkata, beliau telah melihat rakaman video berkenaan namun beliau tetap yakin bahawa Anwar tidak melakukannya.

“Apabila saya melihatnya, (saya berkata kepada diri saya sendiri) mustahil bahawa dia boleh berbuat begini.

"Dia tidak bodoh, tidak selepas dipenjara, tidak selepas melihat bagaimana kami menderita, dan dengan anak-anak sedang membesar," kata Wan Azizah dengan tenang.

Namun, beliau tetap menaruh kebimbangan sekiranya masyarakat umum akan mempercayai video berkenaan yang mula didedahkan pada 21 Mac lalu oleh beberapa orang individu ternama.

Dosa besar percaya fitnah

"Saya takut jika ia kelihatan tulen, orang akan percaya. Penipuan boleh dipercayai. Bagi saya itu satu tragedi.

NONE“Bagi kita orang Islam, percaya kepada fitnah ialah satu dosa besar. Bukan saja anda akan dihukum tapi juga anak anda dan generasi selepas itu," kata Wan Azizah lagi dalam temubual yang dijalankan di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui mengenai tayangan video seks yang dijalankan oleh trio 'Datuk T' di hotel berprestij berkenaan.

Wartawan yang dijemput ke majlis tayangan penuh rahsia itu diperiksa dengan rapi seolah-olah dalam satu filem Mission Impossible, kata Wan Azizah lagi.

"Tentulah (saya fikir), 'Oh Tuhan, takkanlah satu lagi'," katanya yang turut dipujuk oleh rakan-rakannya supaya menonton video berkenaan.

Trio 'Datuk T' berkenaan – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim – kemudiannya didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan berhubung penayangan video berkenaan.

Keputusan politik

Individu berkenaan bagaimanapun hanya dikenakan denda, masing-masing antara RM1,000 hingga RM3,000 pada 24 Jun lalu, yang disifatkan Wan Azizah sebagai keputusan bersifat politik.

NONE“Mereka ada kempen besar-besaran mengedar pornografi di negara ini, yang bertentangan dengan undang-undang – dan melibatkan wartawan – dan mereka terlepas dengan hukuman yang ringan.

"Jadi ini membuktikan bahawa kesemua ini hanya politik," kata Wan Azizah lagi dengan nada yang serius.

Wan Azizah juga berkata, sekiranya masyarakat luar boleh melihat perkara itu, apatah lagi beliau dan keluarganya.

"Jadi ini menyebabkan kami ingin melawannya (dengan lebih kuat). Tiada keluarga lain yang mahu melalui perkara ini.

"Ianya satu keaiban kepada maruah. Itu suami saya yang anda perkatakan. Ianya maruah keluarga. Kami bersama (dalam isu ini)," katanya.

Wan Azizah turut mempertikaikan hujah yang dikemukakan oleh peguam kepada Rahim, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa individu di dalam video berkenaan adalah 99.99 peratus Anwar.

Perbicaraan di media

"Saya terkejut mengapa mereka tidak kata 110 peratus seperti sesetengah orang kata," katanya lagi yang turut mempersoalkan siapakah pakar yang membuat pengesahan itu.

Langkah itu sama seperti dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar di mana pihak pembelaan tidak diberikan peluang untuk mengesahkan bukti DNA yang dikemukakan.

eskay abdullah in kepong police station sex video“Jadi bagaimana anda hendak sahkan bahawa ianya Anwar. Bagi saya, saya boleh tengok sekilas pandang dan kenalpasti perbezaannya. Ini perbicaraan di media," katanya lagi.

Wan Azizah turut mengakui bahawa salah seorang tertuduh calam kes tayang video berkenaan – Shazryl Eskay merupakan kenalan kepada keluarganya.

"Kita kenal dia sebab dia diperkenalkan (sebagai seorang tukang urut) apabila Anwar terjatuh dari atas seekor kuda (sekitar tahun 1990) dan mengalami (sakit) belakang. Dia datang sekali sekala.

“Apabila Anwar keluar daripada penjara, tiada lagi fisioterapi, dia cuma datang sebagai seorang pelawat," katanya lagi yang mengimbau semula .

Namun pastilah Shazryl Eskay telah meminta Anwar supaya tampil sebagai saksi dalam kes saman melibatkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun, Anwar tidak memenuhi permintaan berkenaan kerana dinasihati peguam bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Tapi kenapa dia timbulkan dakwaan bahawa di bawa (Anwar) ke Thailand? Ini di luar jangkauan saya," kata Wan Azizah lagi.


http://malaysiakini.com/news/171964

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...