Wednesday, October 8, 2008

Abdullah tidak bertanding?


Abdullah dikatakan akan menyerahkan semua urusan parti kepada timbalannya Mohd Najib Razak

08 Oct 2008 10:09AM
Oleh Mohd Sayuti Omar


ABDULLAH Ahmad Badawi sudah hampir pasti akan membuat pengumuman tidak akan bertanding apa-apa jawatan pada perhimpunan agungUmno pada Mac depan.

Beliau dijangka akan membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu selewat-lewatnya petang esok. Besok beliau akan mempengarusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Mesyuarat DT BN esok mungkin merupakan mesyuarat terakhir beliau. Abdullah akan menjelaskan sebab-sebab kenapa beliau mengambil keputusan tidak akan bertanding atau mempertahankan jawatan disandangkan kini.

Menurut sumber dalaman Presiden itu, Abdullah dikatakan akan menyerahkan semua urusan parti kepada timbalannya Mohd Najib Razak.

Keputusan itu juga dibuat kerana Najib beriya untuk mengambil alih. "Desakan semakin menjadi dan berterusan!" ujar sumber itu.

Keputusan Abdullah itu dibuat dengan penuh berat dan kesal atas tindak tanduk Najib yang disifatkan tidak menghormati Abdullah yang telah banyak mengendur dengan desakan dilakukan oleh proksi-proksinya ke atas Abdullah.

Ditanya apakah Abdullah akan memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk berhadapan dengan Najib secara seorang sama seorang, sumber itu tidak mengulas cuma menyebut; Tengku Razaleigh mungkin boleh diharap untuk memulihkan Umno dan perpaduan orang Melayu berbanding dengan Mohd Najib.

"Saya tidak yakin Najib mampu dan diterima sebagai penyatu Umno dan Melayu," tegas sumber itu.

Ketika ditekankan lagi sejauh mana kemungkinan itu (Abdullah tidak tanding) sumber itu menjelaskan dengan suara lirih; sama-sama kita tunggu esok.... cuma ingin saya sebutkan Pak Lah tidak mahu bertanding kerana bimbang ia akan memusnahkan Umno!

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/10/08/2.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...