MARAN: “Saya tetap akan bertanding merebut jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti Mac depan. Tidak ada kompromi lagi,” kata Ketua Penerangan Puteri Umno, Datuk Shahaniza Shamsuddin, yang bertegas tidak akan tunduk dengan desakan pihak tertentu yang mahu beliau menarik diri.
Shahaniza antara empat individu yang mengesahkan akan bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu juga mahu semua pihak menghormati pendiriannya kerana menganggap pertandingan akan memberi lebih pilihan kepada ahli untuk membuat keputusan terbaik.
Beliau juga mahukan pertandingan dijalankan secara sihat tanpa ada pergeseran di kalangan ahli pergerakan siapa lebih layak dan ahli juga wajar menerima keputusan pertandingan itu kelak.
“Biar ahli Puteri menilai kredibiliti calon kerana mereka ini juga yang akan menentukan masa depan Umno.
“Saya juga sedar banyak faktor yang akan mempengaruhi pengundian tetapi yakin akan mendapat sokongan menggalakkan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul, ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jengka 3 di sini, semalam,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/08102008
No comments:
Post a Comment