Wednesday, October 8, 2008

Perubatan tradisional diperluas


SERI KEMBANGAN: Projek percubaan memperkenalkan perubatan herba, akupuntur dan urut tradisional di hospital terpilih sejak dua tahun lalu akan diperluaskan ke tiga lagi hospital di Terengganu, Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini berikutan sambutan memberangsangkan daripada orang ramai di tiga hospital berkenaan iaitu Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang, Hospital Pandan, Johor dan Hospital Putrajaya.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ia mendorong kementerian memperluaskan ke tiga hospital lagi.

“Sebagai contoh, Hospital Kepala Batas menerima hampir 4,000 kes pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi menerima urutan tradisional Melayu, akupuntur dan perubatan herba,” katanya ketika majlis pelancaran Pusat Kesihatan Golden Horses Health Santuary di sini, semalam.

Hadir sama Pengasas dan Timbalan Pengerusi Country Heights Holdings Berhad (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Kesihatan, Riadah dan Penginapan, CHHB, Stuart James Venner Pack.

Sementara itu, Liow berkata, sehingga Mei lalu terdapat 7,578 pengamal perubatan yang bernaung di bawah tujuh badan.

“Manakala dalam tempoh enam bulan pertama ini juga, kita mempunyai 121 pengamal perubatan asing,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/08102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...