Tuesday, October 7, 2008

Ali sedia rebut jika kerusi kosong


Individu kedua tawarkan diri selepas Zahid

04 Oct 2008 12:21AM

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.
"Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan. / Bernama

http://www.klpos.com/news/2008/10/04/3.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...