Tuesday, October 7, 2008
‘Dia janji kahwini saya’
ALOR GAJAH: “Memang dia (suspek) berjanji untuk mengahwini saya dan menyediakan ‘mahligai’ untuk kami. Tanpa berfikir panjang saya pasrah dan mengikutnya ke Kuang Selangor,” demikian kata seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal (SMKDT), Fatin Nazirah Mohd Sufian Chin, 14, ketika mendedahkan cerita sebenar di sebalik tindakannya menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, dekat sini, kira-kira sebulan lalu.
Biarpun keberatan pada mulanya, Fatin Nazirah yang ditemui di rumahnya di sini, menjelaskan dia termakan pujukan dan kata-kata manis seorang remaja dikenali sebagai Firdaus.
Menurutnya, dia baru sebulan mengenali Firdaus melalui seorang rakan dan kebetulan remaja itu tinggal di daerah sama di Durian Tunggal, iaitu di Taman Seri Tuah, Pantai Belimbing.
“Dia (Firdaus) mendakwa bekerja di Kuala Lumpur dan selepas mengikutnya, dia membawa saya menginap di sebuah rumah di Kuang, Selangor. Sepanjang berada di rumah itu saya perhatikan ada ketika Firdaus keluar tetapi tidak tahu ke mana tujuannya.
“Ini menyebabkan saya mula sedar dia sebenarnya tiada pekerjaan tetap.
“Hari demi hari saya mulai rindukan keluarga, lebih-lebih lagi menjelang hari raya. Malah dia juga menghilangkan diri dua hari sebelum hari raya,” katanya.
Fatin Nazirah yang diselamatkan pada hari raya kedua oleh sanak-saudaranya yang mengesannya selepas ibunya, Zainab menerima maklumat daripada seorang lelaki tidak dikenali memberitahu mengenai mangsa.
http://www.hmetro.com.my/06102008
No comments:
Post a Comment