Ditulis oleh Editor
Tuesday, 07 October 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengamuk dengan melibaskan sebilah parang di hadapan rumah seorang gadis, Khamis lalu, selepas wanita itu menolak hasrat lelaki terbabit untuk meminangnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Jalan Bunga Raya, Dungun itu, lelaki berusia 23 tahun dikatakan meluahkan rasa kesal dari halaman rumah kerana cintanya ditolak gadis terbabit.
Keluarga gadis terbabit kemudian menghubungi polis dan pasukan keselamatan mengambil masa sejam memujuk lelaki itu menyerah diri.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan, berkata gadis berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Paka, Dungun terpaksa menyelamatkan diri mengikut pintu belakang.
“Suspek yang tidak bekerja dari Jalan Nibung Stesen dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun sebelum dibawa ke Hospital Dungun bagi menjalani pemeriksaan.
“Kita mendapat perintah mahkamah hari ini (semalam) untuk merujuk suspek ke Hospital Tampoi, Johor Bahru untuk pemerhatian selama sebulan.” katanya ketika ditemui, semalam.
Manoharan berkata, sehari sebelum kejadian itu gadis terbabit membuat laporan polis apabila suspek mengugut akan mencederakannya selepas cintanya ditolak-BeritaOnline
http://buletinonline.net/
No comments:
Post a Comment