SEMAK...Mohd Zaidi bersama sebahagian fail tuntutan
cerai membabitkan isteri curang dengan lelaki warga
asing di pejabatnya.
KUALA LUMPUR: “Kes suami atau isteri curang memang banyak berlaku kebelakangan ini. Sepanjang Januari 2009 saja, saya mengendalikan 15 kes perceraian yang berpunca daripada kecurangan pasangan.
“Daripada 15 kes itu, lima kes membabitkan isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki warga asing,” kata peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang juga pemilik firma guaman Zaidi Zain and Associates.
Mohd Zaidi berkata, kecurangan di kalangan isteri atau suami lazimnya disebabkan beberapa faktor, termasuk kelemahan pasangan suami isteri itu sendiri, terlalu mengikut nafsu dan terdesak untuk hidup mewah.
“Isteri curang dan menjalin hubungan dengan lelaki warga asing, terutama golongan profesional yang bertugas di negara ini, bukan perkara baru, namun jumlahnya kebelakangan ini semakin banyak.
“Selalunya semua yang terkulai di pangkuan lelaki warga asing itu hanya mahu hidup mewah selepas menganggap suami masing-masing tidak relevan lagi dalam hidup mereka,” katanya.
Menurutnya, ada juga kes songsang membabitkan seorang wanita sanggup memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga ‘mat saleh’ mualaf semata-mata lelaki berkenaan mahu mengikut ajaran Islam sebenar.
Katanya, wanita terbabit mahu hidup bebas, berpeleseran di kelab malam hingga awal pagi dan minum arak bersama rakan. Lebih teruk lagi, wanita itu kini gian bertukar pasangan dengan lelaki mat saleh untuk memuaskan nafsunya.
“Selain itu, ada juga isteri curang dan memilih lelaki warga asing selepas mengetahui suaminya turut main kayu tiga. Ia biasanya diketahui selepas perbicaraan di mahkamah bermula kerana wanita sukar membuka mulut berkaitan perkara itu ketika merujuk kepada saya.
“Ia seolah-olah ‘pulang paku buah keras’ menyebabkan hidup pasangan terbabit huru-hara. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak selain keluarga kedua-dua pihak,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, mat saleh yang mendekati wanita tempatan biasanya bukan benar-benar jujur, sebaliknya hanya ingin menjadikan mereka bahan pemuas nafsu atau sekadar berseronok.
“Ada yang datang sebagai pekerja kontrak dan mereka sunyi. Akhirnya mereka mendapatkan wanita tempatan, tidak kira anak dara atau isteri orang, kerana di negara mereka budaya itu mungkin tidak menjadi kesalahan.
“Wanita tempatan pula sanggup menggadaikan maruah kononnya ia cinta sejati dan hanya menyesal apabila diperdaya. Bagaimanapun, ada tidak mengambil iktibar, sebaliknya terus mencari mat saleh,” katanya.
Mohd Zaidi turut memaklumkan ada pasangan yang curang tetapi akhirnya bersama kembali selepas insaf apabila ditimpa bala dan sedar sebelum ini mereka lalai daripada tanggungjawab.
Beliau menasihatkan pasangan berkahwin yang curang supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlewat, selain jangan sia-siakan pasangan, anak serta keluarga masing-masing semata-mata untuk bersama lelaki warga asing yang belum tentu memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090125091929/Article/index_html

No comments:
Post a Comment