KUALA LUMPUR 10 Mei — Kes jangkitan selesema babi di seluruh dunia terus meningkat dengan empat negara lagi disahkan mencatat jangkitan virus itu, menjadikan 29 negara melaporkan secara rasmi kes jangkitan virus Influenza A(H1N1).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan empat negara baru yang mencatat kes itu ialah Argentina (satu kes), Australia (satu kes), Jepun (tiga kes) dan Panama (dua kes).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini, berkata WHO juga mengesahkan jumlah kes di seluruh dunia kini meningkat kepada 3,440 kes dengan 48 kematian.
Beliau berkata Malaysia masih bebas daripada jangkitan wabak itu dan sehingga pukul 12 tengah malam semalam (9 Mei), empat kes yang dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buluh bagi tujuan siasatan dan pemerhatian disahkan negatif wabak itu.
Sehingga semalam, sebanyak 2,343 penumpang dari 14 penerbangan telah disaring di pintu masuk udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA) dan Pulau Pinang.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
No comments:
Post a Comment