Monday, May 4, 2009

FATWA TENTANG RUFAQA'

Rabu, April 29, 2009

Kategori : Akidah

Tajuk :

Fatwa Pengharaman Ajaran, Pegangan Dan Fahaman Yang Dibawa Dan Dipegang Oleh Ahli Jemaah Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (src) Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya

Isu :

Fatwa :

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membuat fatwa seperti berikut :-

(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Haji Ashaari bin Muhammad, pengikutnya dan termasuk individu yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa’ Corporation dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam;

(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman tersebut.

(c) mana-mana orang tidak boleh menyebar, mengedar atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain samada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-mel yang berkaitan dengan ajaran, pegangan dan fahaman tersebut.

(d) mana-mana orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman tersebut hendaklah bertaubat.

Rujukan Pewartaan : Kn. P.U. 19

Tarikh Pewartaan :

5 Julai 2007

Baca : 488

Oleh : Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...