Monday, May 4, 2009

JAIS haramkan Hizbut Tahrir

Selasa, April 28, 2009

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TELAH MEMBERI PENJELASAN MENGENAI AJARAN BARU YANG BERTOPENGKAN KHILAFAH BERNAMA HIZBUT TAHRIR. MAKA BERAWASLAH DAN BERJAGA-JAGA DENGAN AJARAN HIZBUT TAHRIR INI.





Ketahuilah bahawa ajaran Hizbut Tahrir lebih radikal dari selainnya. Mereka sanggup membuat kacau di majlis-majlis ilmu agama tanpa adab dan akhlak.

Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahlisunah Wal Jamaah adalah kumpulan terhina dan lain-lain.

Hizbut Tahrir menghukum negara Malaysia dan Indonesia sebagai Negara Kafir bak halal untuk membuat apa sahaja ke atasnya.

Hizbut Tahrir juga menghukum seluruh umat Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati dalam dosa besar bak kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar tidak mendirikan khilafah mengikut cara Hizbut Tahrir.

Hizbut Tahrir menghina aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mencela ASWJ.

Hizbut Tahrir mengkafirkan ulama Islam Al-Asy'irah dengan gelaran Al-Jabariyyah yang kafir.

Dan 'jutaan' penyelewengan fahaman songsang ini yang juga mengakui Khilafah Uthmaniyyah rebah dan jatuh dek perbuatan golongan yang dinamakan sebagai Salafiyyah Wahhabiyyah.

AWAS! HIZBUT TAHRIR MENIPU ANDA DENGAN NAMA SLOGAN "KHILAFAH 'ALA MANHAJ NUBUWWAH".

Semua umat Islam menyokong Khalifah dan sistem Khilafah yang benar tetapi menolak cara Hizbut Tahrir kerana suka mengkafirkan umat Islam dan bertindak pelampau juga beraqidah yang ganjil tidak selari dengan aqidah Ahli sunnah Wal Jama'ah. Hizbut Tahrir mengunakan pelbagai slogan Khilafah tetapi hakikatnya mereka membawa ajaran songsang berbeza dengan aqidah para Khalifah-khalifah Islam dan seluruh umat Islam (ASWJ).

AWAS! HIZBUT HARIR BERTOPENGKAN POLITIK DEMI MERIALISASIKAN FAHAMAN YANG SONGSANG MEREKA.

Demi Allah ! saya mengenali mereka luar dan dalam dan saya pernah bersama mereka ditempat mereka kuat bergerak di tanah arab. Mereka amat bahaya kerana mempergunakan slogan yang benar iaitu Khalifah dan Khilafah tetapi setelah orang yang berilmu berkecimpung dengan mereka terserlah mereka beraqidah songsang dan membawa puluhan fahaman yang menyeleweng.

Semoga Hizbut Tahrir kembali ke jalan yang benar dan saya bersedia untuk kali ke berapa entah untuk bertemu dengan mereka bagi membincang masaalah ummat secara tertutup atau terbuka tetapi perlulah beradab buka main rampas-rampas.

Wassalam.

Rujuk juga mengenai Hizbut Tahrir di:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/assalamu3alaikum-warohmatullahi.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...