ORLEA - Seorang lelaki iaitu Viorel Firoiu yang mengalami masalah sakit perut bertindak memasukkan dua kepala tukul ke dalam duburnya bagi mengelak dia berulang alik ke tandas, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudian bergegas ke sebuah hospital dan mengadu mengalami masalah sembelit namun doktor-doktor yang merawatnya terkejut apabila mendapati dua kepala tukul berada dalam duburnya.
Jurucakap hospital itu, Dr. Cristina Bontescu berkata: "Lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk menjelaskan bahawa dia makan buah ceri menyebabkan dia menghidap sakit perut.
"Dia meminum minuman keras untuk mengurangkan kesakitan. Dia kemudian mendapat idea meletakkan kepala tukul di dalam dubur dengan harapan dapat menyelesaikan masalah itu.
"Namun, kepala tukul itu tersekat menyebabkan dia mendapat idea untuk memasukkan kepala tukul yang kedua bagi menarik keluar tukul pertama tetapi kedua-duanya tersekat di dalam duburnya."
Satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kedua-dua tukul itu. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
No comments:
Post a Comment