Friday, July 24, 2009

Pelajar korban pertama

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun pertama Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam dekat sini menjadi korban pertama penyakit berkaitan selesema babi (H1N1) di negara ini.

Hasil ujian virologi dan bakteriologi terhadap rakyat Indonesia yang berumur 30 tahun itu mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif virus H1N1. Dia meninggal dunia kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mahu orang ramai panik dengan perkembangan itu berkata, keputusan bedah siasat belum diketahui untuk pengesahan punca kematian.

"Mangsa mempunyai badan yang gemuk serta terdapat tanda-tanda pneumonia pada paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah.

"Siasatan masih dijalankan dan keputusan rasmi akan diumumkan Sabtu ini,'' katanya di sini semalam.

Tiong Lai memberitahu, mangsa telah bercuti ke Indonesia dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu sebelum mengalami demam dan batuk-batuk.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...