Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata hukuman itu wajar diterima wanita berkenaan kerana minum arak perkara haram yang jelas disebut dalam al-Quran.
“Sebagai seorang yang beragama Islam, kita patut tahu perkara halal dan haram malah setiap yang ditentukan Allah sebagai perkara haram tidak patut didekati.
“Dalam al-Quran sudah menyebut minum arak, berjudi serta menilik nasib sebagai perbuatan yang tidak boleh dilakukan, maka setiap manusia yang mengaku beragama Islam patut menghindarkan diri daripada melakukan perkara itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar berkaitan hukuman sebat yang diterima bekas model dari Singapura yang didakwa minum minuman keras.
Selain sebatan, bekas model itu juga turut didenda RM5,000 mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).
Menurut Robiah, hukuman diterima bekas model itu patut dijadikan pengajaran kepada anggota masyarakat supaya semua pihak dapat kembali kepada hukum dan ajaran Islam sebenar.
Katanya, walaupun ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman itu, namun ia adalah sistem perundangan sempurna kerana ditetapkan Allah.

No comments:
Post a Comment