Friday, July 24, 2009

Sekali tikam ekor RM100

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

Perkara itu didedahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, yang melakukan serbuan bersama 11 anggota penguat kuasa di premis terbabit.

Beliau berkata, ahli perniagaan itu diperangkap bersama enam kakitangan kerajaan lain berusia 30-an hingga 50-an ketika asyik ‘melabur’ dan membelek nombor ekor yang dibeli di sebuah premis di Klang, kira-kira jam 5 petang.

Sebelum itu, katanya, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diketuainya melakukan pemantauan di sekitar premis berkenaan sebelum mendapati puluhan lelaki beragama Islam berbaris untuk membeli nombor ekor.


Malah, katanya, anggota penguat kuasa yang turut `menyamar’ sebagai pelanggan mendapati beberapa pelanggan terbabit kakitangan jabatan agama dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selain pekerja sebuah syarikat swasta terkenal di negara ini.

“Kita bertindak sebaik menyedari premis berkenaan dipenuhi pelanggan yang menyebabkan pelanggan termasuk bukan Islam bertempiaran melarikan diri.

“Tindakan pantas penguat kuasa yang mengepung premis itu menyebabkan tujuh pelanggan Islam ditahan bersama tiket nombor ekor yang dibeli,” katanya.

Shahrom berkata, kegiatan kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan itu dibongkar selepas pihaknya menerima maklumat mengenai premis terbabit yang menawarkan nombor ekor kepada pelanggan beragama Islam.

Menurutnya, serbuan itu dibuat selepas siasatan dan pemantauan rapi sejak beberapa bulan berdasarkan aduan pelbagai pihak yang prihatin mengenai kegiatan tidak bermoral itu.

“Memang kami juga mendapati ada beberapa kakitangan jabatan agama dan pejabat SUK menjadi ‘tahi judi ekor’ yang ditawarkan di premis berkenaan.



Shahrom berkata, premis yang beroperasi di kawasan terpencil itu dipercayai menjadi `markas’ kakitangan kerajaan membeli nombor ekor.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090724004420/Article/index_html

SHAH ALAM: Walaupun sudah memiliki banglo dan kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit, seorang ahli perniagaan bukan saja sanggup `melabur’ RM100 hingga RM600 sehari bagi membeli nombor ekor, malah sanggup ‘melutut’ sambil menagih simpati penguat kuasa jabatan agama agar menyerahkan semula tiket pertaruhan yang dirampas, kelmarin.

Aksi spontan bekas kakitangan kerajaan berusia 50-an itu bermula apabila dia ditahan ketika membeli tiket pertaruhan di sebuah kedai nombor ekor di Klang.

Ahli perniagaan yang sudah beristeri dan mempunyai anak itu sempat bertekak dengan penguat kuasa sambil `menjual’ nama pihak tertentu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebaik menyedari tindakan itu tidak dipedulikan penguat kuasa, dia kemudian merayu supaya dibebaskan selain mengakui bersalah dan ketagih judi ekor sejak beberapa tahun lalu.


Dia terus bertekak dengan penguat kuasa kerana enggan menaiki kenderaan jabatan agama sebaliknya mahu menaiki kereta mewahnya sebelum diberi amaran oleh penguat kuasa supaya akur dengan peraturan.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090724004420/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...