PERDAYA...Lim (kiri) menceritakan bagaimana dia diperdaya sindiket menyamar polis kepada Michael di Biro Pengaduan Awam MCA.
KUALA LUMPUR: Kegiatan satu sindiket menyamar polis kononnya dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, dikesan kembali aktif mencari mangsa selepas mendiamkan diri hampir setahun bagi mengelakkan kegiatan mereka terbongkar.
Difahamkan, setakat ini, 10 kes diterima Biro Pengaduan Awam MCA berhubung sindiket berkenaan membabitkan kerugian lebih RM35,000 sejak dua tahun lalu.
Ketuanya, Datuk Michael Chong berkata, modus operandi sindiket itu memperkenalkan diri sebagai anggota polis ketika menghubungi mangsa yang sudah dikenal pasti memiliki banyak wang dengan memaklumkan dua rakannya terbabit menipu bank di Hong Kong dan ditahan tetapi bagi menyelesaikan masalah itu, mangsa perlu membayar sejumlah wang kepada mereka.
Katanya, dalam kes terbaru, mangsa bernama Lim, 61, mendakwa menerima panggilan daripada ‘polis’ yang dikenali sebagai Tuan Foo kononnya mangsa diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan wang sebuah bank antarabangsa, 18 Oktober lalu.
Dia yang terkejut dengan panggilan itu tidak menyedari ditipu berikutan ‘polis’ terbabit bijak memperdaya mangsa selain mengetahui dengan jelas identitinya.
“Tuan Foo bertanyakan sama ada saya mengenali dua suspek ditahan polis Hong Kong kerana melakukan jenayah penipuan wang di sebuah bank CIMB di Hong Kong. Saya menafikan terbabit dengan kegiatan itu, malah tidak mengenali suspek.
“Bagaimanapun, dia cuba menakutkan saya dengan mendedahkan maklumat identiti saya dan menyuruh saya menghubungi salah seorang pegawai polis Hong Kong bernama Tuan Wong Kuan,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA.
Lim yang bekerja sebagai pengurus tadika k menghubungi pegawai Hong Kong terbabit, namun gagal.
Menurutnya, ahli sindiket itu kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan menyuruhnya memberikan kerjasama menyelesaikan kes berkenaan bagi mengelak ditahan polis Hong Kong.
“Selain itu, dia turut menyuruh saya memindahkan wang daripada akaun CIMB kepadanya kononnya bayaran untuk menutup kes itu.
“Apa yang menghairankan, polis itu mengetahui saya sudah dua tahun tidak ke Hong Kong malah pasport saya juga sudah tamat tempoh. Lebih mengejutkan, saya diugut agar tidak membuat laporan polis,” katanya.
Mangsa yang menetap di Jinjang, di sini, kemudian memaklumkan perkara itu kepada rakan baiknya sebelum membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.
Lim menganggap dirinya bernasib baik kerana tidak sempat menjadi mangsa kepada sindiket berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SindiketmenyamarpegawaiJSJK/Article/index_html
No comments:
Post a Comment