Wednesday, October 27, 2010

T'ganu: 18.2 peratus saja bawa eBook ke sekolah

Andrew Ong
Okt 26, 10
4:17pm

Kajian yang membabitkan kanak-kanak sekolah di Terengganu yang terlibat dengan skim 'satu pelajar satu komputer' menunjukkan hanya 18.2 peratus daripada 908 pelajar berkenaan membawa komputer riba mereka ke bilik darjah.

Skim kerajaan negeri Terengganu yang bernilai RM24.98 juta itu bertujuan membekalkan komputer riba percuma kepada pelajar tahun 5, sekolah rendah - di bawah program eBook - sebagai alat bantuan pembelajaran dan menggantikan buku teks.

Namun kajian yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara mendapati kebanyakan pelajar tidak membawa eBook ke sekolah dengan pelbagai alasan.

Paling utama adalah jangka hayat bateri yang dibekalkan tidak mampu bertahan lama. Mengecas bateri, hanya boleh bertahan untuk sejam dan bilik darjah tidak mempunyai soket elektrik mencukupi untuk tujuan itu.

Terdapat juga aduan, mengenai kesukaran membuat kerja rumah dan mengambil nota di komputer riba, di samping kebimbangan peralatan canggih itu dicuri ketika di sekolah.

Selain itu, laporan Ketua Audit Negara itu juga menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan buku teks kerana mereka tidak dibekalkan dengan komputer riba.

Satu lagi kajian menunjukkan 92.5 peratus daripada ibu-bapa yang dibanci percaya bahawa program eBook percuma itu berjaya membantu membasmi kadar buta komputer.

Ia juga mendapati 84.5 peratus guru mahu program eBook programme diteruskan tetapi kebanyakan mereka mengakui bahawa mereka tidak dilatih menggunakan komputer, mahupun dibekalkan dengan peralatan berkenaan.

Kebanyakan peljar juga berkata eBook mereka mudah rosak dengan 73.6 peratus berpunca akibat terkena virus komputer.

[Baca berita penuh]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...