Wednesday, December 22, 2010

Geng tipu kad TnG tumpas

SHAH ALAM: Kesabaran polis melakukan siasatan sejak enam bulan lalu, berbaloi apabila satu sindiket penipuan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG), berjaya ditumpaskan selepas dua beradik diberkas polis, pagi kelmarin.

Turut ditahan isteri seorang suspek yang dipercayai bersekongkol mengubah suai dan memasukkan tambah nilai baru ke kad TnG menggunakan perisian canggih.


Pegawai Siasatan 1 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata ketiga-tiga suspek ditahan polis di rumah bapa dua beradik terbabit di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya, di sini.

Serbuan jam 10.45 pagi itu, polis melakukan risikan sejak enam bulan lalu berjaya mengenal pasti lokasi kediaman yang menjadi markas kegiatan penipuan.


Mnurutnya, suspek berusia antara 28 hingga 30 tahun dikesan berkemahiran mengubah maklumat kad TnG bagi membolehkan penipuan transaksi tambah nilai dilakukan.


“Ini bererti mereka tidak perlu membayar wang sebaliknya memindahkan jumlah nilai kredit ke kad TnG menggunakan aplikasi tertentu. Kad itu kemudian dijual bagi mengaut keuntungan mudah. “Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah dipercayai kediaman dua beradik terbabit di Bandar Bukit Puchong, di sini, yang dipercayai turut menjadi markas kegiatan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui 19 keping kad TnG, sebuah komputer riba, sekeping kad memori dan dua SmartTag.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GengtipukadTnGtumpas/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...