YANGON - Parlimen Myanmar semalam bersidang bagi memilih presiden baru di negara itu yang merupakan langkah terbaru ke arah pelaksanaan demokrasi.
Presiden yang dipilih Parlimen itu ialah Thein Sein, 65, yang merupakan bekas jeneral tentera dan kini memegang jawatan Perdana Menteri.
Pemilihan itu dibuat dalam satu undian melibatkan tiga calon termasuk Sein.
"Ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Ia telah kami jangkakan," kata pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi kepada pemberita berhubung pelantikan presiden baru Myanmar. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm
No comments:
Post a Comment